Monday, October 11, 2010

Tauladan Bersama

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.
Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku
masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan
pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman
remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang,
Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang
amat digemarinya.


Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta.
Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan
juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering
menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk
melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa
yang ingin ku nyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah
menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya
mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang ku ketahui dari
kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran.
Maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang
ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat
kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi, aku bertembung dengan kakak Lim di pasar. Kakaknya memberitahu
Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang
ku dengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad
Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan
baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk
berjumpa dengannya, lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama
denganku.

Hari yang ku tunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan
bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut
kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

Salam..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air
mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya
dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"
Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami
berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa,
kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat ke Islaman
rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual.
Beliau masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?...

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is
my second home. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang
Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam?
Mengapa bukan di Malaysia , negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan
oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di
dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat memeluk Islam hingga aku mati, aku akan
dakwa semua orang Melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan
dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan dilahirkan
kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang
diri, atau untuk keluarga kau sendiri. Kau dilahirkan dalam Islam adalah
kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan
dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi,
penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni tiadak ada
roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong
bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau
kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah
berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi,
jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana
kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul,
kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah
benar, dan aku tak pernah pun terfikir selama ini! Aku hanya sibuk untuk
memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku
faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan
memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan
segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim
yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20
orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah
aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang
pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat
dilahirkan sebagai Islam.

Semuga kita dapat mengambil iktibar daripada cerita ini…..

dan jangan sesekali menggunakan islam itu bebas atau mudah dalam perkaa ini.......

Thursday, September 30, 2010

ceta tentang aku 3

Siapa sangka.....
Tahukah kamu setiap perbuatan kamu itu akan dibalas dengan hukuman yang setimpal. malah mungkin lebih...... Kerana Allah itu maha adil dan menyayangi setiap umat manusiaNya......

Adalakanya kita melakukan dosa dan hanya meminta kemaafan ndariNya tetapi tidak betul-betul ikhlas. Terlintas dihati kecil jugak yang akan melakukan dosa seumpama sekali lagi. Tetapi ia bergantung kepada seseorang individu itu. Ada yang mampu meninggalkan segala-galanya tanpa menoleh ke belakang dan jadikan sebagai pengajaran.

Ada jugak pepatah "Buat dosa, Allah bayar cash (segera)". Pernah berlaku pada diri anda sebelum ini? Tanpa kita sedari. Ada mungkin kita sedar......

Apa yang nak aku kongsikan kali ini ialah apa yang pernah berlaku pada aku.....

Suatu ketika dulu, pernah aku dalam perjalanan bersiar-siar. aku terjumpa wang RM7.00 diatas jalan. Dan pada ketika itu, aku pun dalam keadaan yang sangat tegang dalam urusan wang. Tanpa teragak-agak aku mengambil wang tersebut bagi tujuan perbelanjaan. Tak sempat pun aku menggunakan wang tersebut, aku mengalami kemalangan. Dalam kejadian itu, aku kehilangan lebih dari RM300.00.

Jadi, dalam kejadian ini, Aku dapat RM7.00 untuk keseronokan sementara tetapi kepedihan dan kesakitan aku mengeluarkan wang untuk memperbaiki motosikal aku lebih dari apa yang aku dapat. dan pada ketika itu baru tertimbul rasa menyesal. tetapi, apa yang aku mampu buat sebagai seorang manusia yang lemah kepadaNya? Hanya ampun yang dipinta. dan hanya Dia aku berserah......

Alhamdulillah, dalam kejadian itu, aku tak mengalami apa-apa kecederaan.....

Sama la dalam satu kisah lain pulak. Seseorang yang mempunyai segala apa yang dia ada. Berasa selesa dan bangga. Terlalu agungkan ia. Tetapi dalam masa yang sama dia ada sedikit mengkhianatan kepada apa yang dia ada. Dan pada waktu yang lain pula, ia, berlaku apa yang ditakuti pada dirinya apabila apa yang dia ada telah hilang, rosak, dan musnah.

Itulah tanggungan apa yang telah dilakukan hanya dengan sedikit, dibalas dengan sejumlah yang tak mampu seorang manusia menaggungnya. Perit, tetapi Allah lebih tahu apa yang dilakukanNya. Kerana manusia sangat lemah dan mempunyai sifat yang berubah-ubah dan kejam. dan kerana itu jugak lah Allah jadikan dosa dan pahala untuk umatnya memanfaat kepadaNya. Kita manusai tidak dapat lari dari HukumanNya dan juga AnugerahNya sebab kita manusia yang lemah dan mempunyai

Hati dan semangat kegelapan
Kerana itu kelemahan Hati manusia......

Wednesday, September 29, 2010

ceritera tentang aku 2

...............................
...........................................
.................................
......................................................
..............................................................................................
.......................................

ermmm.......................
Aku tak tau nak mula macam mana........
Seram sejuk aku rasa.......
Menggeletar sikit perasaan, badan, dan fikiran aku......

Sebab apa, aku sendiri pun tak faham...... blank......
Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu nak tulis apa.....
Banyak nak bagitau, tapi tersangkut.......

.........................................

....................................................

Mungkin nasihat kot aku boleh berkongsi........

Cuba lihat dan rasa sekeliling, rasa keadaan, rasa perasaan.
semua tu masih lagi ada. Sesuatu yang tak dapat teruskan hidup dan kerja tanpa ia.
Jadi, jaga lah ia selagi ada. Sebab aku sendiri dah pernah buat.
tapi aku buat sebaliknya yang apa diatas......

Aku ingat aku ada dalam keadaan yang selamat, selesa, tapi sebenarnya tak.
Dan Jangan sesekali selesa ngan keadaan yang ada. Jangan seronok sangat ngan apa yang ada.
Belum tentu lagi akan kekal atau seperti yang dirancang.......
Jangan sesekali buat silap. Sebab, sekali buat, mungkin dapat dielakkan atau dimaafkan.
tapi kalau dah berkali-kali, sapa yang oleh tahan. Sapa yang mampu bersabar.....

Apa yang paling penting sekali, Jangan mengkhianati.
Jangan sesekali....... Jangan terlintas langsung untuknya........
Sebab itu yang aku dah buat........

Aku...........
Silap aku.......
Aku silap gunaakan peluang yang ada dan kesudahan yang aku kena tanggung selamanya......

Bila dah jadi macam ni baru nak sedar dan bertindak......
Tetapi sayang seribu kali sayang. masih lagi aku buat silap......
Belum sempat nak selamat, memang dah tak boleh buat apa.......
Sebab keputusan yang aku buat amat cepat dan drastik......
Aku hanya pikir diri aku saja..... aku dak tak ambik peduli hal lain......

Benda ni la sedikit sebanyak mengajar aku.
Aku pun manusia jugak yang mempunyai perasaan dan fikiran yang kadang-kadang lemah.

Jadi, kesudahan cerita harus diteruskan. cerita belum selesai, tetapi bab kehidupan yang seterusnya akan berjalan lain daripada biasa.

Aku hanya perlu berhati-hati dalam membuat keputusan selepas ini. Berfikir panjang untuk memastikan keputusan yang betul dan menepati semua. Kalau tidak, benda sama akan berulang dan aku sendiri yang akan menyesal dan bertambah lah lagi........

Kegelapan dalam diri aku......
Sebab ia adalah kelemahan hati manusia......

Tuesday, September 28, 2010

cerita tentang aku

Lagi banyak bercakap, lagi banyak silap.

Benda yang aku selalu bawak. Tak sangka kata-kata ini pulang semula kepada ku tanpa aku sedari. Menariknya, Aku berpesan kepada seseorang, dan beliau dapat adaptasikannya dengan baik dan menggunanya dengan baik. Dia buat aku kagum. Dari mula lagi aku tahu yang beliau sangat cerdik dan pandai. Aku tak dapat nafikannya......

Bukan bebanan kamu seorang.

Tetapi aku yang buat. masih lagi buat dan tak tahu bila nak berhenti. sesetengah orang yang menyalahkan dirinya tetapi hakikatnya salah itu bukan datang dari dirinya seorang. Tak perlu Menyalahkan orang lain, tetapi bersama-sama memperbetulkan apa yang salah. Jangan salahkan orang lain, dan jangan salahkan diri sendiri. Susah nak faham tetapi bila dalam keadaan yang sesuai, dia amat berfungsi.

Hati yang gelap......
Kelemahan aku.....

Monday, September 27, 2010

Another good day for bad day

Sesuatu yang hilang, tak mungkin akan dapat kembali. Yang diganti tidak sama dengan yang hilang. Sapa yang dapat jangka qodo' dan qodar. Kehilangan memang menyakitkan. kalau tidak sedih, hampa ataupun kedua-duanya sekali.

Kehilangan orang yang amat kita sayangi memang tidak dapat digambarkan lagi kepedihannya. terutamanya ahli keluarga yang rapat dengan kita. Perasaan bagaimana hendak meneruskan kehidupan tanpa orang yang kita sayangi ini. Apatah lagi kerja-kerja yang kita selalu dibuat bersama-sama. Tetapi hidup mesti diteruskan jugak. Bertahan dengan apa yang ada dan banyak bersabar.

Tahun ni, 5 Februari, aku kehilangan seorang yang menjadi tonggak aku, mentor aku, hero aku, penyelamat aku, ketua aku, rakan sembang aku, dia lah Bapa aku.

Dihari akhir beliau, sempat beliau memesan kepada aku dan abang aku untuk menjadi seorang yang berguna dan menjaga keluarga. Berfikir sebelum bertindak dan Jangan lupakan agama. Masih terngiang-ngiang lagi pesanannya ditelinga aku. Perasaanku seolah-olah seperti dipisahkan roh dari badanku. Aku tak mampu kehilangan mu apa.

Malam perpisahan kami memang aku x dapat menggambarkan lagi. Suasana yang aku sendiri pun tak mampu nak ceritakan kerana terlalu pilu buat aku dan kami sekeluarga. Jam menunjukkan hampir 11.50 malam. Nurse yang bertugas berulang-alik dari kaunter dengan katil bapa aku. memperhati bapa aku yang mereka sendiri pun sudah menjangka akan apa yang berlaku. Nadi dan nafas bapa aku mula pelahan. Aku ditelinga kiri bapa aku dan abang aku ditelinga kanan bapa aku. masing-masing kami memimpin bapa aku agar beliau dapat pergi dengan tenang dan dalam keredhoaan Ilahi.

Masa ini lah yang sangat genting bagi aku dan kami sekeluarga. Nafas bapa aku naik turun. Semua sudah pasti akan kehilangan Bapa aku. Aku dan abang aku masih lagi memimpin bapa aku. dan pada ketika itu lah nafasnya yang terakhir dapat aku dengari. Nafas yang seolah-olah mengeluh tetapi paling panjang dan berakhir disitu tanpa menarik nafas semula.........

Semangat Hati Kegelapan.......
Kelemahan Hati Aku.......

Wednesday, January 6, 2010

Tahun baru, azam baru, benda baru, lagi baru, keja macam tu.....

Tiga bulan tanpa ku tinggalkan blog ini tanpa ku peduli. Walau sekilas pandang pun tidak ku terlintas di fikiran ku untuk melakukan sesuatu. Apatah lagi menge'post'kan benda-benda yang tak kena mengena dengan apa-apa pun......

So, hari ni ku cuba mundar mandir merata-rata, memiqiour apa yang patut, mencuba benda baru dan menghayati alam ini. Alam yang penuh indah dan tipu helah. Suasana yang ceria, girang gemilang dan suram, sepi, tanpa hala tuju.

Apa yang sebenarnya? Aku sendiri pun tak faham. Aku tak faham langsung apa yang sedang aku buat ni......

Semangat hati kegelapan mula menular dalam diri ini menjadikan aku lemah. hingga melemahkan hatiku.......

Semangat Hati Kegelapan, Kelemahan Hati manusia.......


klick kat sini kalau nak terkejut

SEMANGAT HATI KEGELAPAN

Kelemahan Hati Manusia