Monday, September 27, 2010

Another good day for bad day

Sesuatu yang hilang, tak mungkin akan dapat kembali. Yang diganti tidak sama dengan yang hilang. Sapa yang dapat jangka qodo' dan qodar. Kehilangan memang menyakitkan. kalau tidak sedih, hampa ataupun kedua-duanya sekali.

Kehilangan orang yang amat kita sayangi memang tidak dapat digambarkan lagi kepedihannya. terutamanya ahli keluarga yang rapat dengan kita. Perasaan bagaimana hendak meneruskan kehidupan tanpa orang yang kita sayangi ini. Apatah lagi kerja-kerja yang kita selalu dibuat bersama-sama. Tetapi hidup mesti diteruskan jugak. Bertahan dengan apa yang ada dan banyak bersabar.

Tahun ni, 5 Februari, aku kehilangan seorang yang menjadi tonggak aku, mentor aku, hero aku, penyelamat aku, ketua aku, rakan sembang aku, dia lah Bapa aku.

Dihari akhir beliau, sempat beliau memesan kepada aku dan abang aku untuk menjadi seorang yang berguna dan menjaga keluarga. Berfikir sebelum bertindak dan Jangan lupakan agama. Masih terngiang-ngiang lagi pesanannya ditelinga aku. Perasaanku seolah-olah seperti dipisahkan roh dari badanku. Aku tak mampu kehilangan mu apa.

Malam perpisahan kami memang aku x dapat menggambarkan lagi. Suasana yang aku sendiri pun tak mampu nak ceritakan kerana terlalu pilu buat aku dan kami sekeluarga. Jam menunjukkan hampir 11.50 malam. Nurse yang bertugas berulang-alik dari kaunter dengan katil bapa aku. memperhati bapa aku yang mereka sendiri pun sudah menjangka akan apa yang berlaku. Nadi dan nafas bapa aku mula pelahan. Aku ditelinga kiri bapa aku dan abang aku ditelinga kanan bapa aku. masing-masing kami memimpin bapa aku agar beliau dapat pergi dengan tenang dan dalam keredhoaan Ilahi.

Masa ini lah yang sangat genting bagi aku dan kami sekeluarga. Nafas bapa aku naik turun. Semua sudah pasti akan kehilangan Bapa aku. Aku dan abang aku masih lagi memimpin bapa aku. dan pada ketika itu lah nafasnya yang terakhir dapat aku dengari. Nafas yang seolah-olah mengeluh tetapi paling panjang dan berakhir disitu tanpa menarik nafas semula.........

Semangat Hati Kegelapan.......
Kelemahan Hati Aku.......

No comments:



klick kat sini kalau nak terkejut

SEMANGAT HATI KEGELAPAN

Kelemahan Hati Manusia