Friday, December 12, 2008

Bahaya di mana-mana

Berlaku kejadian ini di sebuah stesyen minya.
Sebuah lori berhenti di sebelah kedai stesyen minyak. Kemudian turun seorang lelaki cina dan terus bergegas ke kaunter......

"Gua mau tukar syiling", kata lelaki cina itu kepada awek kaunter.
"Brapa banyak mau tukar?", balas awek kaunter tersebut.
"Tukar semua la, mana ada orang tukar sikit-sikir", Lelaki cina itu balas kembali.
"Lu gila ka! Gua mana ada. ada pun sikit saja. Lu mau Brapa sebenarnya?", awek kaunter mula tinggikan suara......
"Oh, Lu jangan bimbang. Kita semua ada....", Lelaki cina itu cuba mengawal keadaan....
"Habis tu, apa yang Lu mau tukar? Lu sudah ada semua", bidas awek kaunter itu....
"Itu pasai la.... Lu punya Boss suruh gua datang tukar semua", kata Lelaki cina itu lagi....
"Lu tunggu sikijap na. Gua mau tanya Boss gua", kata awek kaunter sambil bangun dan berjalan ke bilik Bossnya.....

"Boss, ada orang nak tukar syiling. Dia nak tukar semua. Dia kata Boss suruh tukar", awek kaunter berkata kepada Bossnya.
"Apa! tarak-tarak. jangan bagi. Lu cakap tarak", kata Boss kepada awek kaunter tu.

Awek tu berjalan semula ke kaunter. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kaunter. Baru sahaja ditinggalkan.

Air bungkus minumannya telah jatuh tertumpah ke lantai.
Dia mengambil kain-kain buruh dalam almari bawah kaunter dan diletakkan di atas tumpahan air minumannya.....

"Sorry la... Memang kita orang tak dak. tak cukup....", kata awek tu kepada Lelaki cina itu....
"Hai ya. Ini alamat betulkan", Lelaki cina itu menunjukkan satu dokumen kepada awek kaunter itu.....
"Haah... betul.... tapi memang betul, kita orang tarak cukup itu duit". kata awek itu kepada Lelaki cina itu.
"Apa lu cakap ni.... Lu punya Boss sudah satle maaa..... Lu panggil lu punya Boss datang", kata Lelaki cina itu....
"Lu mau tukar syilingkan? macam mana Boss saya dah satle kalau belum tukar lagi?"kata awek kaunter....
"Lu pun kasi gua pening la.... Gua mau tukar syiling, Lu tak kasi..... Lu kata talak cukup. Gua ada semua tapi Lu tak kasi.... Sekarang Lu panggil la Lu punya Boss. Gua mau cakap", kata Lelaki cina itu yang mula panas dengan awek kaunter itu.

Setelah dengar sedikit kekecohan, Boss pun keluar dan menuju ke kaunter.

Dia juga terkejut. Terhenti langkahnya seketika.

"Apa sudah jadi?", tanya Boss kepada awek kaunter.
"Sorry boss, tertumpah air", kata awek kaunter itu.
"Oh ok ok. ini apa pasai ni?", tanya Boss sambil menunjukkan jarinya kepada Lelaki cina itu.
"Dia mau tukar syiling. mau tukar semua." kata awek kaunter ringkas kepada Bossnya.

"Yes Sir", Boss mula perbualannya dengan Lelaki cina itu....
Kemudian mereka berbual dengan bahasa cina yang sukar untuk difahami oleh awek kaunter itu. Tidak lama kemudian mereka ketawa terbahak-bahak hinggakan hampir terbalik kaunter.

Boss berpaling kepada awek kaunter itu dan berkata.

"Dia mau tukat syiling..... syiling bumbong....."

ntah ape2 ntah.....


klick kat sini kalau nak terkejut

SEMANGAT HATI KEGELAPAN

Kelemahan Hati Manusia