Friday, December 12, 2008
Bahaya di mana-mana
Sebuah lori berhenti di sebelah kedai stesyen minyak. Kemudian turun seorang lelaki cina dan terus bergegas ke kaunter......
"Gua mau tukar syiling", kata lelaki cina itu kepada awek kaunter.
"Brapa banyak mau tukar?", balas awek kaunter tersebut.
"Tukar semua la, mana ada orang tukar sikit-sikir", Lelaki cina itu balas kembali.
"Lu gila ka! Gua mana ada. ada pun sikit saja. Lu mau Brapa sebenarnya?", awek kaunter mula tinggikan suara......
"Oh, Lu jangan bimbang. Kita semua ada....", Lelaki cina itu cuba mengawal keadaan....
"Habis tu, apa yang Lu mau tukar? Lu sudah ada semua", bidas awek kaunter itu....
"Itu pasai la.... Lu punya Boss suruh gua datang tukar semua", kata Lelaki cina itu lagi....
"Lu tunggu sikijap na. Gua mau tanya Boss gua", kata awek kaunter sambil bangun dan berjalan ke bilik Bossnya.....
"Boss, ada orang nak tukar syiling. Dia nak tukar semua. Dia kata Boss suruh tukar", awek kaunter berkata kepada Bossnya.
"Apa! tarak-tarak. jangan bagi. Lu cakap tarak", kata Boss kepada awek kaunter tu.
Awek tu berjalan semula ke kaunter. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kaunter. Baru sahaja ditinggalkan.
Air bungkus minumannya telah jatuh tertumpah ke lantai.
Dia mengambil kain-kain buruh dalam almari bawah kaunter dan diletakkan di atas tumpahan air minumannya.....
"Sorry la... Memang kita orang tak dak. tak cukup....", kata awek tu kepada Lelaki cina itu....
"Hai ya. Ini alamat betulkan", Lelaki cina itu menunjukkan satu dokumen kepada awek kaunter itu.....
"Haah... betul.... tapi memang betul, kita orang tarak cukup itu duit". kata awek itu kepada Lelaki cina itu.
"Apa lu cakap ni.... Lu punya Boss sudah satle maaa..... Lu panggil lu punya Boss datang", kata Lelaki cina itu....
"Lu mau tukar syilingkan? macam mana Boss saya dah satle kalau belum tukar lagi?"kata awek kaunter....
"Lu pun kasi gua pening la.... Gua mau tukar syiling, Lu tak kasi..... Lu kata talak cukup. Gua ada semua tapi Lu tak kasi.... Sekarang Lu panggil la Lu punya Boss. Gua mau cakap", kata Lelaki cina itu yang mula panas dengan awek kaunter itu.
Setelah dengar sedikit kekecohan, Boss pun keluar dan menuju ke kaunter.
Dia juga terkejut. Terhenti langkahnya seketika.
"Apa sudah jadi?", tanya Boss kepada awek kaunter.
"Sorry boss, tertumpah air", kata awek kaunter itu.
"Oh ok ok. ini apa pasai ni?", tanya Boss sambil menunjukkan jarinya kepada Lelaki cina itu.
"Dia mau tukar syiling. mau tukar semua." kata awek kaunter ringkas kepada Bossnya.
"Yes Sir", Boss mula perbualannya dengan Lelaki cina itu....
Kemudian mereka berbual dengan bahasa cina yang sukar untuk difahami oleh awek kaunter itu. Tidak lama kemudian mereka ketawa terbahak-bahak hinggakan hampir terbalik kaunter.
Boss berpaling kepada awek kaunter itu dan berkata.
"Dia mau tukat syiling..... syiling bumbong....."
ntah ape2 ntah.....
Saturday, November 8, 2008
Manusia Jahil dalam Pemikiran
BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''
''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.
SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI. SELEPAS BEBERAPA LANGKAH, SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS.
SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''
''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.
''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.
''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.
''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.
''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN & PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''
Tak Tipu ini betul-betul
Assalamualaikum. ......... .
Ada satu perkara yang ana ingin kongsi bersama. ana tak pasti samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan ikhwah semua. Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid di Mafraq, ana diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang bahaya POKEMON. Antara kandungan kertas itu ialah beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa siryani ( lughah siryaniiyah).
contohnya:
POKEMON - saya yahudi
CHARMANDER - ALLAH itu lemah... (SUBHANALLAH! )
PIKACHU - jadilah seorang yahudi..
Bagi ana, kalau sekadar cerita kartun pokemon ini dicipta oleh yahudi, itu boleh diterima. sebab tak semestinya kita menolak semua yang dicipta oleh orang kafir. tapi kali ini terbukti bahawa yahudi ada niat yang amat buruk tersembunyi di sebalik nama pokemon. Maka ana menyeru semua ikhwah supaya menyebarkan maklumat ini dan bermula dengan diri sendiri dengan memulaukan kartun ini.
Friday, October 17, 2008
Confusing English language
Tuesday, October 14, 2008
sama la aku pun
Some are roaming around. Some are in loud discussions during office time..... Some Trainees, who had just joined, notice this and enquire about what happened
to a senior employee, they ask, "What's going on?"
"Terrorists have kidnapped our Boss"
They're asking for Rs.10 Crores ransom, otherwise they're going to
douse him with petrol and set him on fire.
We're going from desk to desk, taking up a collection.."
One Trainee asks, "How much is everyone giving, on average?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"About 1 litre."
Wednesday, October 8, 2008
Tag Ke-2, Marilah Kita Renung Bersama
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat..
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat..
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana dah mu buat ibadat....?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)
Wednesday, September 24, 2008
Different types of Marketing
her and say: "I am very rich.
"Marry me!" - That's Direct Marketing... "
2. You're at a party with a bunch of friends and see a
gorgeous girl. One of your friends goes up to her and
pointing at you says: "He's very rich.
"Marry him." -That's Advertising. .."
3. You see a gorgeous girl at a party. You go up to
her and get her telephone number. The next day, you
call and say: "Hi, I'm very rich.
"Marry me - That's Telemarketing. .."
4. You're at a party and see gorgeous girl. You get up
and straighten your tie, you walk up to her and pour
her a drink, you open the door (of the car)"Marry Me?" - That's Public
Relations... "
5. You're at a party and see gorgeous girl. She walks
up to you and says:"You are very rich!
"Can you marry ! me?" - That's Brand Recognition. .."
6. You see a gorgeous girl at a party. You go up to
her and say: "I am very rich. Marry me!" She gives you
a nice hard slap on your face. - "That's Customer Feedback..."
7. You see a gorgeous girl at a party. You go up to
her and say: "I am very rich. Marry me!" And she
introduces you to her husband. - "That's demand and supply gap..."
8. You see a gorgeous girl at a party. You go up to
her and before you say anything, another person come
and tell her: "I'm rich. Will you marry me?" and she
goes with him - "That's competition eating into your market share..."
9. You see a gorgeous girl at a party. You go up to
her and before you say: "I'm rich, Marry me!" your
wife arrives. - "That's restriction for entering new markets..."
Amazing Calculations
Smart man + smart woman = romance
Smart man + dumb woman = affair
Dumb man + smart woman = marriage
Dumb man + dumb woman = pregnancy
OFFICE ARITHMETIC
Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime
SHOPPING MATH
A man will pay $2 for a $1 item he needs.
A woman will pay $1 for a $2 item that she doesn't need.
GENERAL EQUATIONS & STATISTICS
A woman worries about the future until she gets a husband.
A man never worries about the future until he gets a wife
A successful man is one who makes more money than his wife can spend.
A successful woman is one who can find such a man.
HAPPINESS
To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a
little.
To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to
understand her at all.
LONGEVITY
Married men live longer than single men do, but married men are a lot
more willing to die.
PROPENSITY TO CHANGE
A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.
A man marries a woman expecting that she won't change, and she does.
DISCUSSION T! ECHNIQUE
A woman has the last word in any argument.
Anything a man says after that is the beginning of a new argument.
Ni Tag yang Ke-2 CORRECT WAY OF COOKING NOODLES
The correct way to cook instant noodles without harming our bodies and health. `Normally, how we cook the instant noodles is to put the noodles into a pot with water, throw in the powder and let it cook for around 3 minutes and then it's ready to eat.
This is the WRONG method of cooking the instant noodles.
By doing this, when we actually boil the ingredients in the powder, normally with MSG, it will change the molecular structures of the MSG causing it to be toxic.
The other thing that you may or may not realize is that, the noodles are coated with wax and it will take around 4 to 5 days for the body to excrete the wax after you have taken the noodles.
CORRECT METHOD :
1. boil the noodles in a pot with water.
2. once the noodles is cooked, take out the noodles, and throw away the water which contains wax.
3. boil another pot of water till boiling and put the noodles into the hot boiling water and then shut the fire.
4. only at this stage when the fire is off, and while the water is very hot, put the ingredient with the powder into the water, to make noodle soup.
5. however, if you need dry noodles, take out the noodles and add the ingredient with the powder and toss it to get dry noodles.
Tuesday, September 23, 2008
Aku Kena Tag ye...... Ok......
Aku akan balas balik dari first Tag yang telah di tagkan pada aku......
Biasanya kalau org kena Tag, dia kena start tentang diri dia dulu kan.....
Ok....
- Siapa sebenarnya Makhluk Buas? - Nama sebenar aku ialah Mohd Zikri
- Asal? - Dari Kedah. Kulim untuk lebih terperinnci
- Buat apa? - Sekarang aku bekerja di salah satu Jabatan, Kementerian. Jawatan aku pulak yang tak masuk akai ngan apa yang aku belajar waktu sekolah dulu. Aku tak tau macam mana boleh dapat, tapi berjaya jugak aku mengelentong bukan 1 tapi 3 orang penemuduga aku. Agak susah jugak la nak menghadap. Tapi nasib baik yang 3 orang penemuduga aku tu pun tak tahu hal-hal audio ni. Jadi ni la kelebihan aku untuk membuat pembohongan yang melampau.
- Jawatan apa? - Juruaudio Visual. Tapi sekarang ni dah jadi macam technition kat ofice aku tu. Masih lagi membuat kerja-kerja audio visual tapi bila tiada program atau aktiviti jabatan, aku akan bertukar menjadi technition.
- Ok tak keja? - Kadang-kadang rasa macam tak keja. rasa macam enjoy je. tapi kalau ada keja, pergh, memang penat gila. kadang-kadang tu, nak kencing pun tak sempat. Tapi sekarang tak de dah. semua ok dah.
- Tak rindu ka kat catering? - Tak beberapa sangat sebab income keciput. Nak naik pangkat cukup lama. Nak kena lompat-lompat hotel. Pekerjaan sepanjang hayat. tak nak la. Tapi kalau meniaga kedai nak la. walaupun dah tinggalkan bidang dapur ni agak lama, tapi tangan ni masih lagi berbisa. Mampu masak masakan yang sedap-sedap lagi.
- Pasai apa tak meniaga? - Ingat senang ka? Modal lagi. Bukan setahun punya modal. Kurang-kurang 5 tahun. Bukan senang nak establish kedai makan. Nak kena chek customer behavior, customer quirey, banyak lagi la yang costomer nak. Tapi kalau ada modal, memang buat.
- Sebab apa pakai nama Makhluk Buas? - Menarik soalan tu. Sebabnya ialah Makhluk Buas ni adalah rekaan aku. Puaka Petaka pula ialah upgred daripada Makhluk Buas. Lagi dasyat dan menggerunkan.
Sekian dulu sesi membalas Tag mengeTag ni......
Selepas ni aku buat Tag yang baru lak....
Friday, September 19, 2008
Agak menarik gak la......
To: My Loving Wife
Subject: I've Arrived
Date: January 17, 2008
I know you're surprised to hear from me. They have computers here now and you are allowed to send emails to your loved ones. I've just arrived and have been checked in. I've seen that everything has been prepared for your arrival tomorrow. Looking forward to seeing you then!!!! Hope your journey is as uneventful as mine was.
P.S. Sure is freaking hot down here!!!
Tuesday, August 19, 2008
Penipuan yang amat besar
Aku kembali sibuk di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh P44. Jadi aku kembali menyepi jap......
Wednesday, July 30, 2008
Dah Mula Menggatal Tangan......
Dah lama rasanya aku tak buat something kat blog aku ni....
Rasanya ni la time aku buat sesuatu untuk aku......
Aku tak berniat nak tulis panjang-panjang.
Tapi boleh la aku nak start balik setelah lama meninggalkan perjuangan sebagai seorang blogers.
Bukan niat aku tak nak update, tapi kesibukan aku bekerja menyebabkan ia mengganggu aku.
Tapi sekarang, walau sibuk macam mana pun, aku cuba curi masa untuk buat something untuk menggatal tangan aku balik.
Biasala, bila dah mula bekerja, dunia dah jadi terbalik. yang biasa buat dah tak buat. yang tak pernah buat dah mula berjinak-jinak. yang tak dapat dah mula dapat. yang ada dah mula menghilang. Kurang menyenagkan tapi inilah hakikat kehidupan. dapat yang lebih baik, hilang jugak yang baik kita ada. dapat yang lebih buruk, hilang yang buruk daripada kita.
Aku dah mula merapu sebab tangan aku dah mula menggatal. macam-macam nak diletakkan kat sini. tapi bukan semua. ada jugak yang kena tapis. tapi bila dah mula start taip, dia dah jadi ralit. rasa syok je nak taip. tambah pulak ada pegawai duduk sebelah aku sambil 'dok' 'pok-pet, pok-pet', kat aku. Aku buat deee je......
berbalik pada 'Dah Mula Menggatal Tangan' aku, aku memang dah mula dapat idea sikit-sikit apa yang nak dibuat kat blog aku ni. Jadi boleh la aku tambah info-info untuk member-member aku nak tahu..... sama-sama kita kongsi maklumat. bukannya apa, beringat sesama kita, Supaya kita dapat ingat. bila kita ingat, kita akan teringat apa yang kita ingat untuk mengigatkan perkara-perkara yang perlu diingat. Jadi, untuk ingat, kita perlulah mengigat sesama kita supaya kita sendiri dapat ingat dan dalam masa yang sama kita dapat mengigatkan orang lain. Apa benda la yang aku merapu ni. Ni la akibatnya kalau dah tangan menggatal. merapu tak leh lari.
Memang aku tak nak Postkan Post ni sikit je. Tapi tah la. Cambest la pulak dok taip ni. sedar-sedar dah banyak. Pastu, sedar-sedar scrol kat sebelah ni dah jadi kecil. Makin kecil. Lama-lama jadi halus. Lagi boleh taip, taip je. Bukannya berdosa. Tapi tak dapat pahala jugak. Bunyi macam rugi je...... Takpa, letak tepi dulu hukum dosa pahala. yang penting, kita sampaikan apa yang nak disampaikan. Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu nak sampaikan apa. Jadi, ambil la iktibar dengan kejadian ni. Kalau lain kali nampak tajuk-tajuk yang cam best, tengok dulu. baca sampai habis. Kalau tak best, tak payah baca. buang masa je, macam sekarang ni la......
Sekian.......
Tuesday, May 6, 2008
baca lah wahai abang-abang, kakak-kakak, ayah-ayah, ibu-ibu, pokcik-pokcik & mokcik-mokcik ye : )
AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin....maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
'Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri '
Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
' Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut '
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat,
walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa
TANGGUH......
Aku terpaksa tangguhkan jugak. sampai bila aku sendiri pun tak berani nak conferm....
Diharap semua rakan-rakan dapat bersabar dan setia menanti walaupun samapai tahun depan....
Tapi aku cuba sedaya upaya untuk laksanakan jugak dalam tahun ni....
Sebab aku menangguhkan gathering ini.....
ada la masalah sikit.... tak payah la korang tahu...... Aku rasa pun korang tak nak tahu.....
Tak dak pa-pa..... masalah sikit je..... tapi effect dia besar..... tu je......
Dengan itu, aku selaku ketua projek, mengumumkan,
HotGath08, ditangguhkan buat sementara waktu......
Monday, April 14, 2008
Comming soon this August 2008
Welcome to our first great gathering.....
This are some info for all you guys must know....
hope this will be 'SEMPOI' one, and all of us will enjoy....
Trivia
-Plan nak buat dalam bulan 8 (Ogos) 2008
-Location di Melaka (Tempat asal kita berjumpa)
-Majlis berlangsung selama 2 hari 1 malam (tak ramai boleh cuti lama-lama)
-Bayaran RM 100 sahaja
-Setiap orang boleh bawa seorang sesapa saja yang dia rasa dia nak bawa.....
-Setiap orang bawa satu hadiah untuk bertukar-tukar hadiah (tak kisah brapa harga tapi minta paham-paham la sendiri)
-Aturcara majlis, tarikh, dan lokasi sebenar akan diberitahu kemudian.....
Announcing our first gathering logo.....
Hope this will happend as me and my fellow group plan so.......
Wish all of us luck........
'THE GREAT IS FROM YOU'
Tuesday, March 4, 2008
Pantun Jepun
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.
Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.
Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.
Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.
Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.
Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.
Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.
Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.
ehemm... camne rasa
membazir tak masa?
Sekian. Time kasih
Sunday, February 17, 2008
Pontianak
Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.
Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"
Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"
Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran
darah.
"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek.
"Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat.
Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...
Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...
"Err aku tadi tak nampak".