Monday, August 31, 2009

Semangat Kemerdekaan

Dihari Kemerdekaan ini, marilah kita bersama-sama mengenang kembali kisah-kisah lama. Kisah-kisah duka, perit getir, igauan ngeri dan sebagainya yang merupakan sejarah hitam negara kita yang membuatkan titik permulaan bagi rakyat negara kita keseluruhannya tidak mengira asal usul mereka untuk berazam mengubah segala-galanya. Setelah lebih dari 400 tahun dijajah, rakyat Malaysia mula sedar dan mula berpikiran jauh dan matang. rancangan demi rancangan telah dibuat. Perbincangan demi perbincangan telah berlaku dan rundingan-demi rundingan telah dimeterai, akhirnya negara ini, negara Malaysia telah bebes dari genggaman penjajah.


Tetapi pada masa yang sama, ada segelintir yang mahukan penjajahan semula, kononnya ia memperjuangkan kebebasan. Tetapi kebebasan bagi pemerintah sahaja untuk membuat apa yang mereka suka. Rakyat hanya mengikut. Mujurlah segala-gala rancangan komunisme ini berjaya dibenteras.


Dan bermulalah perjalanan Malaysia menjadi sebuah negara membangun pada hari ini. Perjalanan yang merupakan pantas daripada negara-negara merdeka yang lain yang berjaya meletakkan negara Malaysia ketahap negara dunia ke-2. Mengejutkan, tetapi itulah hakikatnya. Sedar tidak sedar negara kita telah pun merdeka dan membangun selama 52 tahun pada hari ini.


Tetapi, rakyat kita mula alfa dan leka. Mula lupa asal usul. Mula lupa perjuangan nenek moyang mereka untuk mereka pada hari ini. kedudukan yang selesa membuatkan keinginan yang lebih. kehendak sudah bertukar menjadi keperluan. Sifat tamak menjadi-jadi. Tiada lagi sifat bertimbang rasa sesama sendiri. Hanya tahu meminta tetapi tadak tahu memberi atau bekorban. Sikap dan sifat ini menjadikan kita manusia yang tiada bezanya dengan haiwan, kerana semangat hati kegelapan, kelemahan hati manusia.........

No comments:



klick kat sini kalau nak terkejut

SEMANGAT HATI KEGELAPAN

Kelemahan Hati Manusia