Tuesday, March 10, 2009

Hati dan Perasaan

Merupaan tajuk yang paling tak best untuk dibincangkan...... Tapi, hidup mesti diteruskan.....

Hati dan Perasaan seperti mana korang tahu adalah dua benda yang berbeza. Berbeza dari segi ejaan, maksud, sebutan dan intonasinya. Hati adn Perasaan ini selalu di sangkut pautkan dengan perhubungan dan dalam percintaan. Apa yang menariknya, ia adalah berasal dari pemikiran atau akal yang mana ia mengutamakan Hati dan Perasaan individu. Persoalanya, Hati dan Perasaan ini adalah sama ataupun dua benda yang berbeza, atau hanyalah suatu pemikiran yang singkat. Bagi sesetengah individu pemikiran adalah suatu benda yang lain dari hati dan perasaan.

Hati adalah satu anggota dalam badan manusia. fungsinya amat penting. Rasanya tak perlulah saya terangkan lebih lanjut tentang hati. sebab saya sendiri pun tidak begitu arif tentang stuktur tubuh manusia. Tetapi Hati ini juga sering dikaitkan dengan Perasaan. Suatu benda yang lain pulak. Jadi disini, Hati ini membawa dua maksud atau dua anggota yang berbeza. Tetapi apa yang penting disini ialah Hati dan Perasaan. Yang mana Hati ini, tiada siapa yang tahu. Apa bila Hati ini tiada siapa yang tahu diaplikasikan, ia membawa maksud pemikiran yang mana tiada siapa yang tahu dan faham apa yang difikirkan dan apa perasaan ketika itu. Jadi, Hati ini adalah sama maksudnya dengan pemikiran.

Lain pulak Perasaan. Perasaan ialah suatu deria yang mana ia dapat dirasai. Tetapi tidah tahu dimana hendak letakkan rasa tersebut. Jadi ia dikaitkan dengan Hati. Diletakkan Perasaan tersebut pada Hati. Dengan ini dikaitkan lagi dengan Hati dan Perasaan yang mana Hati merasakan Perasaan yang disampaikan melalui impuls deria. Perasaan ini amat sukar digambarkan kerana ia amat rumit dan sukar untuk difahami. Perasaan yang amat unik ini akan membuatkan Hati terasa sesuatu kelainan menyebabkan tidak selesa atau gembira. Bergantung pada Perasaan tersebut.

Setiap individu mempunyai ciri-ciri dan sifat yang berlainan dan berbeza. Begitu juga dengan Hati dan Perasaan. Apa yang menariknya, kedua-dua Hati dan Perasaan apabila di gabungkan, ia menjadi suatu maksud yang lain. Perbezaannya ialah ia melalui pemikiran dan akal, manakala Hati adalah anggota, dan Perasaan pula ialah deria rasa. Pemikiran kita yang memikirkan sesuatu yang menyebabkan kita terasa. Dan apabila terasa, ia dapat dirasa di Hati. Pemikiran yang menyebabkan perasaan unik ini ialah segala jenis perkara. ia tidak terhad. Sebab itu la pepatah,

"Ikut Suka Hati aku la....."

"Kalau ikutkan Hati aku......"

Sebenarnya ia bukanlah daripada hati. Ia adalah daripada pemikiran yang dapat mengeluarkan Perasaan dan terasa pada Hati. Kesimpulanya, Jika tiada pemikiran, tiada Perasaan. Jika tiada Perasaan, tiada la 'Hati'. Kelemahan Hati Manusia......

7 comments:

NuRRuLaKhMaL @ MaDaM MaMa said...

bila hati dah ada perasaan yang tercetus dek pemikiran.. mengapa hati sengaja dilukai oleh perasaan dan perasaan dirosakkan oleh pemikiran...? kenapa juga tidak dijaga hati yang hanya memerlukan perasaan dan pemikiran? apakah salah pemikiran mencetuskan perasaan untuk dipahat dalam hati atau hati yang salah mendegupkan perasaan hingga memaksa pemikiran menerima hati dan perasaan walaupun pada dasarnya pemikiran tidak pernah memikirkan?

AZLAN said...

woi! hang merepek apa?!. hang keja apa? tengok pajero hang macam kenai ja

Puaka Petaka said...

MaDaM GiMMiE BoRRo,
Apa yang saya cuba bawakan ialah Hati tak pernah wujud. ia hanya satu media rasa yang dibawakan oleh perasaan dan perasaan tersebut adalah hasil daripada pemikiran yang bergantung pada individu-individu. Hati hanya lah anggota badan yang hanya berfungsi sebagai filter darah. kalau tak silap saya la.....

Jadi disini, tiada kaitan dengan pemikiran yang merosakkan hati atau pemikiran yang meracuni perasaan. Konsep yang salah yang sering diungkapkan oleh sesetengah golongan yang tak tahu apa yang dirasainya dan apa yang dihayatinya......


jett,
Woi! Suka aku la nak merepek meraban apa ka!... muahahahah.... Aku keja langgar keta orang. pajero aku memang ko kenal. sebab aku la yang langgar hang. muahahahaha......

Sos Tomato said...

ape da ko melalut ni beb...aku skrg ni keje biase2 je...than skrg tgh cari2 gak keje len...28 ni lak aku konvo

Amirul Idham said...

habis tu...
macam mana lak tafsiran ayat ni...

"kau ni memang tak berhati perut.."

ha!! hati dan perut pada ayat yg sama..

Puaka Petaka said...

aremierulez is Amirul,
itu boleh digunakan ketika hendak makan kerabu perut. boleh jugak digunakan ketika mengarut..... muahahahaha......

Amirul Idham said...

gimie...
mana ko hilang..
lama tak update...



klick kat sini kalau nak terkejut

SEMANGAT HATI KEGELAPAN

Kelemahan Hati Manusia