Tuesday, March 10, 2009

Hati dan Perasaan

Merupaan tajuk yang paling tak best untuk dibincangkan...... Tapi, hidup mesti diteruskan.....

Hati dan Perasaan seperti mana korang tahu adalah dua benda yang berbeza. Berbeza dari segi ejaan, maksud, sebutan dan intonasinya. Hati adn Perasaan ini selalu di sangkut pautkan dengan perhubungan dan dalam percintaan. Apa yang menariknya, ia adalah berasal dari pemikiran atau akal yang mana ia mengutamakan Hati dan Perasaan individu. Persoalanya, Hati dan Perasaan ini adalah sama ataupun dua benda yang berbeza, atau hanyalah suatu pemikiran yang singkat. Bagi sesetengah individu pemikiran adalah suatu benda yang lain dari hati dan perasaan.

Hati adalah satu anggota dalam badan manusia. fungsinya amat penting. Rasanya tak perlulah saya terangkan lebih lanjut tentang hati. sebab saya sendiri pun tidak begitu arif tentang stuktur tubuh manusia. Tetapi Hati ini juga sering dikaitkan dengan Perasaan. Suatu benda yang lain pulak. Jadi disini, Hati ini membawa dua maksud atau dua anggota yang berbeza. Tetapi apa yang penting disini ialah Hati dan Perasaan. Yang mana Hati ini, tiada siapa yang tahu. Apa bila Hati ini tiada siapa yang tahu diaplikasikan, ia membawa maksud pemikiran yang mana tiada siapa yang tahu dan faham apa yang difikirkan dan apa perasaan ketika itu. Jadi, Hati ini adalah sama maksudnya dengan pemikiran.

Lain pulak Perasaan. Perasaan ialah suatu deria yang mana ia dapat dirasai. Tetapi tidah tahu dimana hendak letakkan rasa tersebut. Jadi ia dikaitkan dengan Hati. Diletakkan Perasaan tersebut pada Hati. Dengan ini dikaitkan lagi dengan Hati dan Perasaan yang mana Hati merasakan Perasaan yang disampaikan melalui impuls deria. Perasaan ini amat sukar digambarkan kerana ia amat rumit dan sukar untuk difahami. Perasaan yang amat unik ini akan membuatkan Hati terasa sesuatu kelainan menyebabkan tidak selesa atau gembira. Bergantung pada Perasaan tersebut.

Setiap individu mempunyai ciri-ciri dan sifat yang berlainan dan berbeza. Begitu juga dengan Hati dan Perasaan. Apa yang menariknya, kedua-dua Hati dan Perasaan apabila di gabungkan, ia menjadi suatu maksud yang lain. Perbezaannya ialah ia melalui pemikiran dan akal, manakala Hati adalah anggota, dan Perasaan pula ialah deria rasa. Pemikiran kita yang memikirkan sesuatu yang menyebabkan kita terasa. Dan apabila terasa, ia dapat dirasa di Hati. Pemikiran yang menyebabkan perasaan unik ini ialah segala jenis perkara. ia tidak terhad. Sebab itu la pepatah,

"Ikut Suka Hati aku la....."

"Kalau ikutkan Hati aku......"

Sebenarnya ia bukanlah daripada hati. Ia adalah daripada pemikiran yang dapat mengeluarkan Perasaan dan terasa pada Hati. Kesimpulanya, Jika tiada pemikiran, tiada Perasaan. Jika tiada Perasaan, tiada la 'Hati'. Kelemahan Hati Manusia......


klick kat sini kalau nak terkejut

SEMANGAT HATI KEGELAPAN

Kelemahan Hati Manusia