Monday, October 11, 2010

Tauladan Bersama

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.
Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku
masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan
pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman
remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang,
Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang
amat digemarinya.


Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta.
Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan
juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering
menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk
melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa
yang ingin ku nyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah
menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya
mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang ku ketahui dari
kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran.
Maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang
ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat
kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi, aku bertembung dengan kakak Lim di pasar. Kakaknya memberitahu
Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang
ku dengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad
Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan
baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk
berjumpa dengannya, lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama
denganku.

Hari yang ku tunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan
bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut
kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

Salam..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air
mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya
dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"
Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami
berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa,
kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat ke Islaman
rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual.
Beliau masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?...

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is
my second home. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang
Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam?
Mengapa bukan di Malaysia , negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan
oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di
dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat memeluk Islam hingga aku mati, aku akan
dakwa semua orang Melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan
dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan dilahirkan
kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang
diri, atau untuk keluarga kau sendiri. Kau dilahirkan dalam Islam adalah
kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan
dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi,
penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni tiadak ada
roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong
bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau
kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah
berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi,
jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana
kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul,
kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah
benar, dan aku tak pernah pun terfikir selama ini! Aku hanya sibuk untuk
memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku
faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan
memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan
segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim
yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20
orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah
aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang
pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat
dilahirkan sebagai Islam.

Semuga kita dapat mengambil iktibar daripada cerita ini…..

dan jangan sesekali menggunakan islam itu bebas atau mudah dalam perkaa ini.......



klick kat sini kalau nak terkejut

SEMANGAT HATI KEGELAPAN

Kelemahan Hati Manusia