Apa yang cuba saya sampaikan pada kali ni ialah apa yang ditulis pada tajuk. Menariknya adalah pada kaum lelaki. Ini merupakan lebih kepada pendapat saya tentang mereka ini dan bukannya 'metafore' atau apa-apa bahan rujukan atau dirujuk mana-mana...... tapi ada la sikit kot.....
Bukannya apa..... kadang-kadang kaum lelaki ni lebih dari apa yang sepatutnya...... tetapi, kaum hawa jangan la cepat marah..... sebab, wanita memang boleh bertahan apa jua segala keadaan.....
banyak maksud tu.....
Kita mula dengan mak.
Wanita ini memang tiada tolok bandingannya. Tetapi, apa yang tak bestnya ialah, semua tak best. Dia punya membebel dari buka mata sampai tido. Selagi tak jumpa salah, selagi tu tak duduk senang. Terutamanya kepada si suami. Anak, jangan dikata la. Kadang tu sikit je problem dia. Boleh diurus. Ini jawapan Kaum lelaki yang sempoi dan simple. Tapi, serangan yang bertubi-tubi..... Pada si anak pulak, eemmm...... Hehehe..... 'Siap la kau'..... Itu yang suri rumah sepenuh masa. Tapi kalau yang kerja, dia punya angin macam ribut. Dengan kerja-kerja dia bawak balik umah. Dia punya marah macam kena marah ngan boss kat office. dah macam boss dia pulak...... Bapak relax je. Jawab nya 'Udah la tu'..... Lagi bengang la kawan..... Api belum padam, mau tampah lagi api...... Perempuan mempunya sikap melepaskan perasaan. Jadi dilepaskan la pada si suami dan anak-anak. Lepas marah, dia mula bebal. Suami bangun tengok tv. anak-anak. duduk diam sambil buat muka cuak. Itu adalah seorang mak/ibu/mama/umi.
Kita tengok pulak isteri.
Tak banyak bezanya. Cuma belum mempunyai anak-anak. Sama la jugak, pot pet pot pet pot pet. Waktu awal kawin tu, semua best. Memang best. Best gieler..... Pastu baru ada yang tak best dan ada yang best. Ada setengah lelaki suka dengar isteri dia membebel. merangsang. tapi lepas dapat, dia sambung balik pot pet pot pet dia. bila dah lama-lama, rangsang pun dah tukar rungsing. ini termasuk la yang keja dan yang tidak bekerja. Cuma yang teruk sikit tu, yang bekerja. Sikit je teruk. Sama jugak dia bawak balik kerja. tapi, buka kerja yang tak siap, dia bawak balik kerja yang tak 'lepas'...... tahu kan apa.....
Lepas tu awek pulak.
Yang ni semua best. Susah nak cari yang tak best. Kenkandang je yang membebel. Kalau ada yang membebel pun, dijawabnya, 'saya bukannya apa, risau kan awak je.' hehehe...... Maklum la, tengah jiwang karat abis. Semua suka. Semua betul. Betul atau tidak, tepuk dada, tak kuat. Tepuk tangan, baru kuat..... Yang ni susah sikit nak cerita sebab Best. Kita nak bincang yang tak best. Jadi sikit je la yang kita dapat......
Pompuan pulak.
Yang ni majoriti kata bergantung kepada pompuan tu. Tak tentu. kalau best, best je semua. Kalau tak, tak je semua. Membebel masih lagi ada. Yang ni yang tak best. Tapi kalau body ok, muka ok, Okeeey..... Tak melawan balik. Pulak tu main-main, gurau-gurau lagi. Biasa la. Kalau tak gatal tu, bukan Laki la nama dia. Kalau yang membebel tu macam cempedak busuk, peeeergh..... mau nak di lanyaknya. Haa.... ini yang tak best..... menyirap.....
Tetapi, apa-apa pun, kaum hawa ni merupakan insan paling boleh dipercayai terutama bila diaorang dah lekat pada kita. minta tolong pun daripada golongan kaum ni. tak kira la sama ada apa jua jenis pertolongan pun, mereka sedia membantu. Kalau bab lain pulak, nak berkongsi masalah, nak lepaskan geram, nak lepaskan g**n, nak lepaskan rindu, dan macam-macam lagi permasalahan yang perlu dilepaskan, merekalah yang sedia disis dan setia menanti. Kesungguhan yang ditunjukkan daripada kaum ini memang tak boleh di pertikaikan lagi. Mereka patut dilayan dengan penuh kasih sayang, belaian, dan kerisauan. Hanya sedikit kebaikan yang mereka ada mampu menidakkan semua yang atas dan sekaligus mengubah pandangan kita terhadap kaum wanita ini yang begitu lemah lembut, manja, sedap mata memandang, indah dan wangi (sama erti denga sedap dan indah). Keikhlasan mereka susah bagi kaum lelaki untuk membayarnya. Jadi, sama-sama la kita jaga wanita-wanita ini sementara dia masih ada kerana sifat zalim itu adalah semangat hati kegelapan, kelemahan hati manusia......