Aku tak tau apa kaitan dengan entry aku kali ni tapi ada la kene mengena dengan penglibatan kita terhadap keadaan sekeliling.
Orang tua-tua kata, "Kalau nak main, jangan main-main, kalau nak main-main, jangan main."
Dia membawa maksud suatu yang dibuat hendaklah dibuat dengan betul-betul. Ambik tugasan yang diberikan sesuatu tanggungjawab dan perlu dilaksanakan dengan jayanya.
Apabila kita menerima sesuatu amanat, anggapkan lah kita ni insan yang beruntung kerana diberi kepercayaan untuk melaksanakan tugas itu. walaupun ada pihak yang cuba untuk nak kenakan kita, tetapi kalau kita dapat hadapinya dengan tenang. Kalau susah dan tak mampu nak buat, minta bantuan sebab sapa-sapapun kalau minta bantuan dan minta pula dengan cara yang berkesan, pasti lebih dari bantuan yang kita akan dapat.
Zaman pada masa kini masa dan orang mencemburui kita.
Masa memang penting sebab ia datang sekali saja seumur hidup. jangan lepaskan peluang yang datang. ambik dan sahut cabaran. Lakukan yang terbaik.
'Kalau tak mampu jangan cuba bermain dengan api.' Reputasi kita perlu dijaga dan setiap langkah kita perlu ada strategi.
Orang disekeliling kita memang mencemburui kita dan mereka menunggu untuk ambil kesempatan. Jangan mudah terpengaruh mahupun terikut dengan keadaan sekeliling. Ikutkan naluri sendiri dan jangan ikutkan hati. Jangan biarkan diri kita terdedah dengan kelemahan diri kerana ini memberi peluang kepada mereka yang inginkan kejatuhan kita. Walau apa pun terjadi, jangan mudah putus asa dan jangan beri peluang langsung jika kamu layak untuk sesuatu itu.
Setiap langkah kita perlulah mempunyai strategi dan sasaran. Berhati-hati memilih dan mampu melakukannya. Jangan bersikap gelojoh. Tak perlu rasa rugi kerana kita tahu kemampuan kita. sesetengah orang, tidak mampu melakukan tetapi masih lagi muhu mengambil risiko dan sombong. Bukan tidak perlu menyahut cabaran, belajar dahulu sedikit sebanyak, buat 'homework' supaya ia dapat membantu kita sedikit sebanyak.
Bersikap rasional, buat penilaian baik dan buruk, bersabar dan mengalah pada tika dan keadaan yang sesuai yang mana tidah menjatuhkan maruah dan prinsip diri, jangan mudah putus asa, bersemangat dan yang paling penting jujur pada diri sendiri kerana ini semua mengelakkan diri kita daripada mempunyai semangat hati yang gelap dan ini adalah kelemahan hati manusia........